hari ini bermulanya aku menjalani latihan industri.
setelah bangun dan bersiap-siap untuk ke tempat latihan, tepat pukul 7 pagi aku terus bergegas ke tempat tersebut iaitu berdekatan dengan Danau Kota,Setapak. setiba je aku sampai tepat pukul 7.45 pg. aku berkumpul dahulu bersama rakan-rakanku yang lain yang turut sama menjalani latihan industri di syarikat berkenaan.
tepat pukul 8 pg, kami melaporkan diri kepada en. Yusrizam Bin Yusoff selaku manager director Netlynx Solution Sdn. Bhd. setelah bergilir-gilir memberi kad lapor diri kepada beliau untuk ditanda tangan, beliau mengarahkan kami berkumpul dalam pejabat untuk memberi taklimat ataupun penerangan tentang apa yang bakal kami lakukan.
beliau meminta kami untuk melayari laman web mercumaya.net iaitu laman web syarikat tersebut dan memahami apa yang dilakukan oleh mereka dan tujuan syarikat ini ditubuhkan. setelah itu, beliau mengarahkan aku mencari seberapa banyak maklumat mengenai wireless hacking sepanjang minggu ini sehaja dan memahami pasal wireless hacking.
tepat pukul 6 ptg, iaitu masa untuk balik!!
tapi aku tidak terus balik, hujan turun dengan lebat, aku tunggu di opis dalam beberapa minit dan setelah hujan makin reda, aku terus bergegas pulang ke rumah..
itulah hari pertama aku menjalani latihan industri!!!!!!!!!!!
29.11.10
6:55 PM |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








0 comments:
Post a Comment